London: Pengendali Manchester United, Michael Carrick berdepan tekanan untuk menggugurkan Lisandro Martinez daripada skuad utama selepas pemain pertahanan itu mencetuskan kontroversi susulan kad merah ketika tewas 0-2 kepada Chelsea dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam.
Martinez dilayangkan kad kuning kedua selepas mengasari Wesley Fofana sejurus United ketinggalan 0-1 di Stamford Bridge, sekali gus menyaksikan pasukannya terpaksa meneruskan permainan dengan 10 pemain.
Lebih memburukkan keadaan, kesalahannya turut menghadiahkan sepakan penalti kepada Chelsea yang disempurnakan Cole Palmer, sekali gus menyukarkan usaha United untuk bangkit.
Legenda United, Peter Schmeichel tidak menyembunyikan kekecewaannya terhadap tindakan pemain antarabangsa Argentina itu yang disifatkannya sebagai memalukan.









