JOHOR BAHRU: Seorang remaja perempuan cedera selepas dipercayai diserang sawan sebelum terjatuh dari tingkat dua sebuah flet di kawasan Tampoi di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.20 tengah hari tadi, mangsa, 18, ditemui terbaring di kaki lima bangunan dalam keadaan sedar.

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Azrol Anuar Nor berkata, pihaknya siasatan awal mendapati mangsa dipercayai mengalami serangan sawan ketika menjenguk ke bawah dari tembok tangga sebelum hilang kawalan lalu terjatuh.

"Mangsa mengalami kecederaan pada bahagian belakang kepala, leher, pergelangan tangan kiri serta kaki kanan," katanya menerusi kenyataan.