KUALA LUMPUR - Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) menolak sekeras-kerasnya dakwaan bahawa pengusaha stesen minyak sengaja mencampurkan air ke dalam petrol bagi mendapatkan keuntungan.PDAM menegaskan, perbuatan sedemikian bukan sahaja tidak memberikan sebarang manfaat ekonomi, malah boleh menyebabkan kerosakan kenderaan, menjejaskan keyakinan pelanggan dan merugikan perniagaan pengusaha sendiri.Menurutnya, sebarang dakwaan pencemaran perlu disiasat secara menyeluruh bagi menentukan punca dan sumber sebenar."Tiada pengusaha mahu pelanggan mengalami kerosakan kenderaan selepas mengisi minyak."PDAM berharap pengguna terjejas mendapat pertimbangan adil dan penyelesaian sewajarnya, manakala pengusaha tidak bersalah dilindungi daripada tuduhan tidak berasas," katanya dalam kenyataan pada Ahad.PDAM berkata, pihaknya memandang serius aduan berhubung dakwaan pencemaran petrol RON95 dan laporan kerosakan kenderaan selepas mengisi minyak di beberapa stesen minyak.Bagaimanapun, persatuan itu tidak mahu membuat sebarang spekulasi mengenai punca kejadian atau pihak bertanggungjawab sementara menunggu keputusan rasmi ujian makmal kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).PDAM turut mengambil maklum pemeriksaan awal KPDN pada awal Oktober lalu di 11 stesen minyak di Kedah dan enam di Perak tidak menemukan petunjuk kehadiran air dalam tangki simpanan bahan api bawah tanah diperiksa.Bagaimanapun, kata persatuan, penemuan itu bersifat awal dan terhad kepada stesen yang diperiksa, justeru belum boleh dianggap sebagai keputusan muktamad bagi semua kes yang dilaporkan.Justeru, pihak mereka mengalu-alukan siasatan KPDN yang turut merangkumi keseluruhan rantaian bekalan bahan api, termasuk depot penyimpanan dan proses penghantaran bagi mengenal pasti punca sebenar sekiranya berlaku pencemaran.PDAM menegaskan, pengusaha stesen minyak tidak mengeluarkan atau mencampurkan petrol, sebaliknya bergantung kepada syarikat minyak masing-masing untuk membekalkan bahan api memenuhi spesifikasi ditetapkan."Pengusaha juga bertanggungjawab memastikan penyelenggaraan serta pengendalian stesen dilakukan dengan sempurna," menurut mereka.Persatuan berpandangan, sebarang masalah berkaitan kualiti bahan api perlu ditentukan menerusi siasatan menyeluruh terhadap rantaian bekalan, bukannya terus meletakkan kesalahan kepada pengusaha stesen minyak.Dalam pada itu, PDAM menggesa pengguna mengalami masalah kenderaan selepas mengisi minyak supaya membuat aduan rasmi kepada KPDN dan syarikat minyak berkaitan bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil.Orang ramai diminta tidak menyebarkan dakwaan belum disahkan, khususnya menamakan stesen minyak tertentu kerana tindakan itu boleh menimbulkan kegusaran dan menjejaskan reputasi dan perniagaan pengusaha tidak terbabit.
Tiada pengusaha mahu pelanggan alami kerosakan kenderaan - PDAM

Key takeaways
PDAM menolak dakwaan pengusaha mencampur air ke dalam petrol dan menyatakan tiada pengusaha mahu pelanggan alami kerosakan kenderaan.
- PDAM menegaskan tindakan mencampur air tidak memberi keuntungan dan boleh merosakkan kenderaan.
- Pihaknya meminta siasatan menyeluruh untuk menentukan punca dakwaan pencemaran petrol.
- Pemeriksaan awal KPDN tidak temui bukti air dalam tangki bahan api di beberapa stesen.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NURUL HIDAYAH HAMID
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
2 stories on this topic from 2 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Lelaki mati dalam tahanan alami kecederaan luaran, tiada pendarahan dalaman
- Sinar Harian Tiada pengusaha mahu pelanggan alami kerosakan kenderaan - PDAM (this story)









