Ketua Polis Putrajaya, Aidi Sham Mohamed, kata seorang lelaki dikejarkan ke Hospital Putrajaya selepas pengsan ketika menyertai acara larian. (Gambar Facebook)PUTRAJAYA: Seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun meninggal dunia selepas pengsan ketika menyertai acara larian, awal pagi tadi.

Ketua Polis Putrajaya, Aidi Sham Mohamed, berkata mangsa dikejarkan ke Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan.

"Pihak hospital telah melakukan usaha resusitasi terhadap mangsa, namun gagal menyelamatkannya dan mangsa disahkan meninggal dunia pada 6.54 pagi.

"Semakan awal mendapati mangsa tidak mempunyai sebarang sejarah penyakit," menurut kenyataan.