PUTRAJAYA: Seorang lelaki meninggal dunia selepas pengsan ketika menyertai program larian di Putrajaya, pagi tadi.
Mangsa, 42, dibawa dengan ambulans Hospital Putrajaya sebelum disahkan meninggal dunia, jam 6.54 pagi.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed memaklumkan semakan awal mendapati, mangsa tidak mempunyai sebarang sejarah penyakit.
"Bedah siasat dijalankan di Hospital Putrajaya bagi mengenal pasti punca kematian," katanya.









