Putrajaya: Lelaki meninggal dunia selepas pengsan ketika menyertai program larian di Putrajaya, pagi hari ini.
Mangsa yang berusia 42 tahun dikejarkan dengan ambulans ke Hospital Putrajaya sebelum disahkan meninggal dunia pada 6.54 pagi.
Ketua Polis Daerah Putrajaya Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed dalam kenyataannya memaklumkan, hasil semakan awal mendapati mangsa tidak mempunyai sebarang sejarah penyakit.
"Bedah siasat dijalankan di Hospital Putrajaya bagi mengenal pasti punca kematian," katanya.









