Beijing: Seorang pelari maraton di China dikenakan penggantungan selama tiga tahun dan keputusan lariannya dibatalkan selepas kontroversi mengikat kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun untuk berlari bersama.

Video larian itu yang memperlihatkan kanak-kanak terbabit diikat dengan tali pada pinggangnya dan pinggang lelaki dewasa terbabit tular di media sosial dan mengundang kritikan.

SCMP melaporkan kanak-kanak itu dilihat bergelut untuk mengikut rentak larian lelaki berkenaan yang dipercayai bapanya ketika Maraton Zhengzhou di wilayah Henan.

Meskipun ada pengguna media sosial yang kagum dengan daya tahan kanak-kanak itu, kebanyakan daripada mereka menyifatkan tindakan berkenaan sebagai berbahaya serta melanggar peraturan keselamatan acara larian.