Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa menyantuni beberapa orang penerima topi keledar percuma ketika hadir menyaksikan perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2026, di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
"Seronok dapat bersembang dan bertanya khabar dengan beberapa penerima topi keledar percuma menerusi inisiatif Kementerian Pengangkutan yang digerakkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
"Pesan saya, pastikan topi keledar ini dipakai dan diikat kemas. Keluar rumah dengan selamat, pulang pun biar selamat. Topi keledar baharu, semangat pun baharu!" katanya menerusi hantaran di X.
Anwar berkata, menerusi Belanjawan 2026, sebanyak 70,000 unit topi keledar diperuntukkan untuk diagihkan kepada rakyat sebagai usaha menjaga keselamatan penunggang motosikal dan mengurangkan risiko kecederaan serius.









