KUANTAN – Mayat seorang wanita yang belum dikenal pasti identitinya ditemukan terapung di Sungai Kuantan berhampiran kawasan parkir Benteng bersebelahan Shell Jalan Besar di sini pada Ahad.Mayat mangsa yang dianggarkan berusia 30 tahun itu ditemukan orang awam kira-kira jam 12.38 tengah hari sebelum menghubungi talian kecemasan MERS 999 untuk mendapatkan bantuan.Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, pemeriksaan di lokasi mendapati mayat wanita berkenaan berada dalam keadaan terlentang dan tersangkut pada tali pelampung pukat.Menurutnya, mangsa ditemukan memakai baju berwarna merah dan seluar pendek putih bercorak hitam."Hasil pemeriksaan luaran mendapati terdapat kesan calar berdarah pada bahagian dahi mangsa, namun tiada kecederaan lain yang mempunyai unsur jenayah ditemukan."Pengecaman identiti mangsa masih belum dapat dilakukan kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemukan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, pihak polis turut memaklumkan Unit Forensik D6 bagi tindakan pengecaman selanjutnya.Jelasnya, mayat kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk tindakan lanjut.
Mayat wanita berseluar pendek ditemui terapung di sungai
Key takeaways
Mayat seorang wanita tidak dikenal pasti ditemui terapung di Sungai Kuantan dengan pakaian merah dan seluar pendek.
- Mayat ditemukan pada Ahad di kawasan parkir Benteng bersebelahan Shell Jalan Besar.
- Tiada dokumen pengenalan diri ditemui dan kesan calar berdarah pada dahi mangsa.
- Mayat dibawa ke Jabatan Forensik untuk pemeriksaan lanjut.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Kosmo
Story details
- Published
- By
- NORAWAZNI YUSOF
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Mayat remaja 14 tahun dibaham buaya akhirnya ditemui
- Sinar Harian Mayat wanita berseluar pendek ditemui terapung di sungai (this story)







