SEPANG: Yamaha mengesahkan tidak akan menyertai perlumbaan MotoGP Qatar, hujung minggu depan, susulan perkembangan situasi di Asia Barat.

Pengeluar motosikal Jepun itu berkata, keputusan berkenaan dibuat selepas pihaknya menilai semula sekatan perjalanan yang dikuatkuasakan di peringkat syarikat.

"Yamaha tidak menemukan alasan yang mencukupi untuk mengubah sekatan perjalanan sedia ada yang terpakai di seluruh syarikat," menurut kenyataan itu.

Antara pelumba yang menggunakan jentera Yamaha dalam saingan MotoGP ialah juara dunia 2021 dari Perancis, Fabio Quartararo.