Doha: Kejuaraan MotoGP dijangka tetap diteruskan di Grand Prix (GP) Qatar meskipun sekumpulan pelumba menuntut jaminan keselamatan tambahan sebelum berlepas ke rantau berkenaan susulan konflik yang masih berlaku.
Penganjur bagaimanapun menegaskan persekitaran tanpa sebarang risiko adalah sesuatu yang tidak realistik untuk dijamin oleh mana-mana kerajaan atau penganjur acara sukan.
Perlumbaan di Litar Antarabangsa Lusail yang asalnya dijadualkan berlangsung pada April lalu ditunda ke 6 hingga 8 November ini berikutan konflik serantau.
Jurucakap MotoGP berkata, pihaknya sudah mendapatkan segala jaminan yang tersedia daripada kerajaan Qatar, pihak litar serta menerusi penilaian risiko berterusan yang dilakukan penganjur.








