JOHOR BAHRU – Perselisihan faham berkaitan masalah keluarga dipercayai menjadi punca pergaduhan membabitkan tiga lelaki di hadapan sebuah kedai di kawasan Plentong, di sini, yang tular di media sosial.Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, ketiga-tiga lelaki berusia antara 27 hingga 60 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan.Menurutnya, polis mengesan video berdurasi dua minit enam saat yang memaparkan kejadian itu selepas ia dimuat naik menerusi akaun Facebook pada Sabtu."Hasil siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai hubungan kekeluargaan dan punca pergaduhan juga disebabkan masalah keluarga."Semakan mendapati ketiga-tiga suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 160 Kanun Keseksaan.Jelasnya, ketiga-tiga suspek direman selama tiga hari sehingga 3 November ini bagi membantu siasatan.Sebelum itu, tular satu rakaman video berdurasi dua minit 54 saat memaparkan seorang warga emas dipercayai ditolak, disepak dan ditampar seorang lelaki di hadapan sebuah kedai mencuci kereta di Plentong.Rakaman berkenaan mengundang kecaman pengguna media sosial yang meluahkan rasa simpati terhadap mangsa serta mempersoalkan tindakan lelaki terbabit.