Kota Bharu: Kerajaan negeri digesa memberikan kepercayaan dan keutamaan kepada Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dalam meneraju penyediaan Pelan Pembangunan Negeri Kelantan 2025-2055 bagi memastikan perancangan masa depan negeri dapat dilaksanakan secara terancang, inklusif dan mampan, titah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.
Pro Canselor UMK, Tengku Muhammad Fakhry Petra Sultan Ismail Petra membacakan teks titah ucapan baginda yang juga Tuanku Canselor UMK, pada Majlis Istiadat konvokesyen UMK ke-16, petang tadi.
Sultan Muhammad bertitah, kerajaan negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) turut menggesa kerjasama strategik bersama kerajaan Pusat, serta pemain industri perlu diperkukuhkan dengan UMK dalam aspek pembangunan luar bandar dan wilayah.









