Alor Gajah: Calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Ginie Lim Siew Lin di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya akan terus perjuangkan isu asas membabitkan infrastruktur, kebajikan, keselamatan kanak-kanak dan wanita, keselamatan jalan raya serta persekitaran.

Ginie yang juga Ketua Penerangan Wanita PKR berkata, sambutan positif diterima ketika melakukan lawatan mesra sejak hari pertama kempen selepas penamaan calon memberi dorongan untuknya terus mendapatkan sokongan penduduk.

Pengalamannya sebagai ADUN Machap Jaya pada penggal 2018 hingga 2021 menjadi kelebihan dalam menawarkan khidmat kepada penduduk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

"Pengalaman serta rekod perkhidmatan lalu masih diingati sebahagian penduduk, sekali gus mendorong saya menawarkan perkhidmatan lebih baik sekiranya diberi peluang mewakili kawasan berkenaan.