ALOR GAJAH – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya, Datuk Ginie Lim mempertahankan tindakannya mempelawa dua pencabar untuk menyertai dialog terbuka sebagai usaha membawa budaya politik baharu yang lebih matang dan rasional.Beliau berkata, kempen pilihan raya tidak seharusnya dijadikan medan untuk saling mencaci atau menyerang peribadi, sebaliknya perlu dimanfaatkan untuk membentangkan idea serta tawaran terbaik kepada pengundi.Menurutnya, pendekatan itu memberi peluang kepada setiap calon mengemukakan perancangan masing-masing bagi tempoh lima tahun akan datang sebelum pengundi membuat penilaian."Bagi saya, kita tidak mahu lagi politik yang caci maki dan gaduh-gaduh. Kita bicara secara rasional. Kalau nak cakap apa, cakap depan-depan."Kita pernah menjadi kerajaan dan pernah bertanggungjawab bersama-sama. Jadi, boleh sahaja kita duduk untuk berbincang," katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Ahad.Beliau menjelaskan, dialog berkenaan bukan bertujuan menentukan pihak yang betul atau salah seperti perdebatan, sebaliknya membuka ruang kepada setiap calon mengetengahkan pandangan dan cadangan terbaik demi kepentingan Machap Jaya.Ginie berkata, pihaknya masih menunggu maklum balas daripada dua pencabar selepas menyerahkan surat jemputan kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Ngwe Hee Sem dan calon Parti Bersama Malaysia (Bersama), B Prasanth Kumar pada hari penamaan calon, Sabtu.Katanya, beliau menghormati jadual kempen kedua-dua calon yang padat dan bersedia berbincang mengenai tarikh serta masa bersesuaian sekiranya mereka bersetuju menyertai dialog itu.Ditanya perkembangan kempen setakat ini, Ginie menyifatkan sambutan pengundi sebagai positif, selain melihat peningkatan minat untuk keluar mengundi pada 14 November ini.Beliau turut menghargai kehadiran pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) semasa hari penamaan calon termasuk Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang memberikan sokongan kepada jentera parti.Ginie yang pernah memenangi kerusi Machap Jaya pada PRN 2018 berkata, beliau yakin pengalaman, keupayaan kepimpinan serta sokongan Kerajaan Persekutuan menjadi antara kekuatan yang boleh ditawarkan kepada pengundi.Menurutnya, pilihan raya kali ini perlu memberi tumpuan kepada perancangan pembangunan untuk tempoh lima tahun akan datang, bukan semata-mata menilai pencapaian lalu.Pada PRN 2018, Ginie memenangi kerusi Machap Jaya dengan majoriti 1,336 undi selepas memperoleh 5,550 undi dalam pertandingan tiga penjuru.Bagaimanapun, pada PRN 2021, kerusi itu dimenangi Ngwe dengan majoriti 938 undi selepas memperoleh 3,732 undi dalam pertandingan lima penjuru, manakala Ginie tidak bertanding.
PRN Melaka: Ginie pertahan dialog terbuka, tolak politik caci maki

Key takeaways
Datuk Ginie Lim mempertahankan dialog terbuka dengan dua pencabar untuk memupuk budaya politik yang lebih matang dan rasional.
- Ginie Lim mempelawa dua pencabar untuk menyertai dialog terbuka dalam pilihan raya.
- Beliau menolak politik caci maki dan menekankan perbincangan rasional antara calon.
- Dialog bertujuan untuk membentangkan idea dan tawaran terbaik kepada pengundi.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- FARAH SHAZWANI ALI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today PRN Melaka: DAP sasar pertahan 4 kerusi disandang
- Sinar Harian PRN Melaka: Ginie pertahan dialog terbuka, tolak politik caci maki (this story)
- Berita Harian PRN Melaka: Ginie bawa politik baharu di DUN Machap Jaya









