KUCHING: DAP akan bertanding di tujuh kerusi di kawasan Kuching dan Bau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13.

Pengerusi DAP negeri Chong Chieng Jen menerusi hantaran di Facebook DAP Sarawak, berkata beliau mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa negeri parti itu dan tujuh kerusi berkenaan ialah Padungan, Pending, Batu Kitang, Kota Sentosa, Batu Kawah, Tasik Biru dan Opar.

"Kami (DAP) juga sedang mempertimbang kerusi Batu Lintang sebagai kemungkinan kerusi kelapan yang akan ditandingi.

"Fokus kami kekal untuk terus membawa lebih banyak suara rakyat ke dalam Dewan Undangan Negeri serta memastikan mekanisme semak dan imbang yang lebih kukuh demi kepentingan rakyat Sarawak," katanya.