KUCHING: DAP akan meneruskan persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-13 (PRN-13) Sarawak walaupun PKR masih belum memutuskan pembabitannya kerana masih menunggu keputusan muktamad Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, berkata sudah ada komunikasi di antara kedua-dua parti, namun belum ada kata putus daripada PKR.
Katanya, DAP bagaimanapun tidak akan menangguhkan persiapan menghadapi pilihan raya negeri itu semata-mata menunggu keputusan PKR.
"Setakat ini, belum diketahui sama ada PKR akan bertanding atau tidak dalam pilihan raya negeri ini. Segala-galanya bergantung kepada keputusan PMX.








