Kuala Lumpur: Legenda badminton negara, Datuk Seri Lee Chong Wei mendedahkan beliau pernah dinasihatkan doktor supaya tidak beraksi pada Sukan Olimpik London 2012 akibat kecederaan buku lali, namun mengetepikan nasihat itu demi memburu impian meraih pingat emas.
Chong Wei sebaliknya meneruskan perjuangan hingga beraksi dalam final perseorangan lelaki yang dianggap antara perlawanan epik dalam sejarah badminton menentang pemain China, Lin Dan.
Menerusi audio siar 'Ngopi Dengan Zafrul' kendalian Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di YouTube baru-baru ini, Chong Wei mengimbas detik getir apabila kecederaan dialaminya pada suku akhir Piala Thomas menentang Denmark di Wuhan, China, hampir menamatkan kariernya.








