Kuala Lumpur: Misi skuad hoki lelaki negara untuk mencipta kejutan tidak kesampaian apabila tewas 2-4 kepada juara bertahan, India pada aksi keempat Trofi Juara-Juara Asia di Stadium Hoki Surjit Singh, Punjab, sebentar tadi.
Kekalahan itu menyaksikan Malaysia tewas kepada India buat kali kedua berturut-turut selepas turut menerima nasib sama pada final Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 bulan lalu.
Skuad Speedy Tigers yang sebelum ini mempamerkan prestasi cemerlang dengan memenangi tiga perlawanan berturut-turut, gagal mengekang asakan India yang tampil lebih agresif dalam pertemuan berkenaan.
India membuka jaringan seawal minit ketiga menerusi pukulan sudut penalti Harmanpreet Singh sebelum Akhimullah Anuar Esook menyamakan kedudukan buat Malaysia pada minit ke-25 menerusi gol padang.








