KUALA LUMPUR: Pendakwah terkenal, Mufti Menk mengunjungi Tun Dr Mahathir Mohamad dan menyampaikan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali.

Menerusi media sosial Thread, pemilik akaun Sulaiman an-Nuuri, dalam hantarannya berkata, Mufti Menk menyampaikan ucapan takziah, dengan menyebut Dr Hasmah sebagai 'our mother'.

Katanya, ketika pertemuan itu, Mufti Menk sempat berkongsi satu hadis mengenai seorang lelaki yang memberikan air kepada seekor anjing yang kehausan.

"Disebabkan kebaikan yang dilakukannya, Allah mengampunkan dosa lelaki itu dan memasukkannya ke dalam syurga.