KUALA LUMPUR: Pesawat kedua FA-50M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tiba di Pangkalan Udara (PU) Labuan, hari ini.
Perkara itu dikongsikan TUDM menerusi satu hantaran di Facebook rasmi angkatan pertahanan terbabit.
"FA-50M M58-02 selamat mendarat di PU Labuan," kata TUDM dalam satu hantaran pendek bersama dua keping foto hari ini.
Difahamkan, pesawat bernombor pendaftaran M58-02 itu tiba di PU Labuan kira-kira 11.40 pagi tadi.










