KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menziarahi Tun Dr Mahathir Mohamad di kediaman bekas Perdana Menteri itu di Seri Kembangan, pagi tadi.

Melalui catatan di Facebook hari ini, Abdul Hadi berkata, beliau mendoakan Dr Mahathir terus bersabar selepas pemergian isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali pada 28 September lalu.

Beliau turut mendoakan Allahyarhamah Dr Siti Hasmah sentiasa beroleh kebaikan berterusan.

"Saya ucapkan kepada Tun Dr Mahathir dengan satu hadis Nabi Muhammad SAW.