KOTA BHARU: Pasangan rakyat Malaysia ingin berkahwin di luar negara perlu memastikan kadi menguruskan pernikahan mereka mempunyai tauliah bagi mengelakkan sebarang implikasi undang-undang dan hukum syarak.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli, berkata ini kerana jika pasangan ingin mendaftarkan perkahwinan di negara ini, pihak mahkamah akan meneliti senarai kadi bagi memastikan individu mengendalikan pernikahan berkenaan mempunyai tauliah sah.
"Sekiranya perkahwinan dilangsungkan dengan menggunakan khidmat kadi tidak bertauliah atau tidak mengikut lunas undang-undang ditetapkan, ia boleh menimbulkan implikasi undang-undang serta menjejaskan kedudukan perkahwinan dari sudut syarak.










%2Ffile%2Fattachments%2F889%2Fimage5_413759.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)