BENGALURU: Binance, bursa mata wang kripto terbesar dunia menyambung semula pengeluaran bitcoin, ether dan beberapa stablecoin pada Ahad, sambil memaklumkan pengeluaran aset lain akan dibuka secara berperingkat selepas berjaya memulihkan 95 peratus daripada token bernilai AS$6.3 bilion yang dicuri daripada platformnya.
Kecurian itu, yang dikaitkan oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) dengan Korea Utara dan dipercayai penganalisis sebagai rompakan kewangan terbesar pernah berlaku, menambah kepada siri kes kecurian mata wang kripto sejak kebelakangan ini.
Menurut penyelidik di TRM Labs, penyerang mencuri mata wang kripto bernilai AS$2.9 bilion menerusi hampir 150 serangan sepanjang tahun lalu.










