SUBANG JAYA: Parti Amanah Negara (AMANAH) yakin menang empat daripada tujuh kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Naib Presiden AMANAH, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli, berkata sasaran itu realistik berdasarkan rekod pertandingan dan prestasi kukuh gabungan berkenaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

"Kita ada lima kerusi yang kita mempunyai harapan yang besar ya. Daripada lima ini, empat itu hampir-hampir ... boleh saya katakan 'we are there already'.

"Sekiranya lagi dua kerusi memberi saingan, saya rasa kita akan menyumbang satu jumlah yang sangat signifikan dalam pembentukan Kerajaan Negeri Melaka," katanya.