IPOH - Pakatan Harapan (PH) diyakini mampu memenangi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) di Perak tanpa memerlukan kerjasama dengan gabungan parti politik lain.Keyakinan itu disuarakan Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perak, Dr Ahmad Termizi Ramli yang melihat kekuatan sedia ada PH di negeri ini mampu membentuk kerajaan negeri sekiranya parti-parti komponen mengekalkan prestasi masing-masing.Menurutnya, PH mempunyai asas kukuh untuk mempertahankan kedudukan di Perak menerusi kekuatan kerusi dimiliki DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) selain peluang Amanah menambah kerusi pada pilihan raya akan datang."Perak, insya-ALLAH PH 'alone' boleh menang. Sebab kita ada DAP sudah ada 18 kerusi penyandang, PKR sudah ada lima, walaupun Amanah satu."Tetapi di tempat kedua (kerusi yang tewas dalam keputusan PRU15) ada lagi empat kerusi Amanah dan tiga kerusi PKR. Itu cukup untuk memerintah Negeri Perak," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Konvensyen Amanah Negeri Perak 2026 di Hotel Casuarina@Meru di sini pada Ahad.Majlis perasmian disempurnakan Pengarah Strategi Amanah, Ahmad Sabki Yusof.Ahmad Termizi berkata, secara asasnya PH akan mengekalkan pembahagian kerusi sedia ada bagi menghadapi PRU16 dengan sebarang perubahan hanya melibatkan rundingan terhad antara parti komponen.Menurutnya, kerjasama erat yang terjalin antara parti dalam PH ketika ini memberi keyakinan kepada gabungan itu untuk menghadapi pilihan raya tanpa perlu bergantung kepada parti lain."Pada asasnya, kita akan kekalkan parti sedia ada. Dalam PH tidak ada masalah, kita bekerja bersama-sama dengan sangat rapat."Mungkin ada satu dua kerusi yang kita nak tukar melalui rundingan, tetapi secara asasnya kita akan kekalkan pembahagian sedia ada," katanya.Dalam pada itu, beliau berkata, PH juga tidak menolak kemungkinan memberi laluan kepada parti lain di kawasan tertentu sekiranya langkah berkenaan dilihat mampu mengelakkan pertembungan yang tidak perlu.Bagaimanapun, katanya, pendekatan itu tidak bermaksud PH menjalin kerjasama politik dengan parti berkenaan sebaliknya sekadar memberi ruang kepada mereka bertanding di kawasan yang boleh dilepaskan.
Amanah yakin PH boleh menang 'solo' di Perak pada PRU16

Key takeaways
Amanah yakin PH boleh menang di Perak tanpa kerjasama parti lain dalam PRU16 dengan kekuatan kerusi DAP dan PKR.
- PH mempunyai 18 kerusi DAP, 5 kerusi PKR dan satu kerusi Amanah.
- Amanah percaya empat kerusi tambahan boleh membantu PH memerintah Perak.
- Ahmad Termizi menyatakan PH akan kekalkan pembahagian kerusi sedia ada.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia
Story details
- Published
- By
- SAIFULLAH AHMAD
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Amanah saran PH tanding solo PRN Melaka, PRU16
- Free Malaysia Today Tutup pintu kerjasama sukarkan PH menang banyak kerusi, kata pemimpin Amanah
- Malaysiakini (BM) PH cuba resipi tanpa poster boy di Melaka, tetap yakin penilaian rakyat
- Sinar Harian Amanah yakin PH boleh menang 'solo' di Perak pada PRU16 (this story)
- Utusan Malaysia Amanah yakin PH mampu menang solo di Perak







