KLANG – Sekumpulan individu menceroboh sebuah pusat pemulihan di Klang sebelum membawa keluar beberapa penghuni tanpa kebenaran pihak pengurusan premis berkenaan.

Kejadian itu turut di media sosial menerusi beberapa rakaman video yang memaparkan insiden berkenaan. Difahamkan pusat pemulihan tersebut membabitkan dadah dan alkohol yang dijalankan badan bukan kerajaan (NGO).

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, pihaknya menerima laporan daripada pemilik pusat berkenaan pada 28 Oktober lalu.

Menurutnya, kejadian berlaku apabila sekumpulan lelaki dan wanita tidak dikenali datang ke premis itu sebelum membawa keluar beberapa penghuni.