KLANG - Sekumpulan penghuni sebuah pusat pemulihan di Bukit Kuda di sini, dibawa keluar oleh sekumpulan lelaki dan wanita tanpa kebenaran pihak pengurusan premis berkenaan.Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, pihaknya mengesan satu video memaparkan dakwaan sekumpulan penghuni melarikan diri dari pusat pemulihan tersebut tular di media sosial."Kita telah menerima laporan berhubung kejadian itu pada 28 Oktober lalu daripada seorang lelaki mendakwa premis berkenaan didatangi sekumpulan lelaki dan wanita tidak dikenali."Individu terbabit kemudian membawa keluar beberapa penghuni tanpa kebenaran pihak pengurusan pusat berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Ramsay berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan jenayah."Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian berkenaan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam serta mengganggu siasatan polis," katanya.Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara menerusi talian 03-3291 9614 atau balai polis berhampiran."Maklumat juga boleh disalurkan terus kepada pegawai penyiasat, Sarjan Amirul Ashraf Abd Rahim menerusi talian 011-69730086 bagi membantu siasatan," katanya.
Penghuni pusat pemulihan dibawa keluar tanpa kebenaran

Key takeaways
Sejumlah penghuni pusat pemulihan dibawa keluar tanpa kebenaran pihak pengurusan oleh individu tidak dikenali.
- Pihak polis menyiasat kes ini mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan.
- Laporan kejadian diterima pada 28 Oktober daripada seorang lelaki.
- Orang ramai diminta tidak membuat spekulasi dan memberi maklumat kepada polis.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Kosmo
Story details
- Published
- By
- AHMAD ISMADI ISMAIL
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia 76 wanita warga asing ditahan di pusat hiburan tanpa lesen
- Sinar Harian Penghuni pusat pemulihan dibawa keluar tanpa kebenaran (this story)







