BATU PAHAT – Sepasang suami isteri maut manakala dua anaknya cedera selepas terlibat kemalangan dihempap sebuah lori dalam kejadian di Kampung Bukit Sri Wangi, Jalan Yong Peng di sini tengah hari tadi.
Mangsa Mohd. Hardi Mohd. Husin, 46, dan isteri Tengku Syafirana Tengku Abdullah, 44.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Mohamad Alif Halim berkata, kejadian dimaklumkan kepada pihaknya pada pukul 12.24 tengah hari sebelum sebuah jentera FRT bersama enam anggota dikejarkan ke lokasi.
Katanya, apabila tiba dilokasi kemalangan, pihaknya mendapati benar kemalangan melibatkan sebuah lori jenis Hino dan sebuah kereta jenis Perodua Alza.










%2Ffile%2Fattachments%2F889%2Fimage5_413759.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)