LONDON – Selepas hampir tiga dekad merantau merentasi empat benua, pengembara lasak, Karl Bushby, kini hanya berbaki beberapa kilometer (km) sahaja sebelum melengkapkan ekspedisi epik sejauh 57,936 kilometer kembali ke kampung halamannya di Hull, Britain, lapor stesen penyiaran BBC.
Bekas anggota payung terjun tentera British yang kini berusia 57 tahun itu memulakan misinya dari Punta Arenas, Chile pada tahun 1998 ketika berusia 29 tahun.
Dia menetapkan dua syarat ketat sepanjang ekspedisi iaitu idak menggunakan sebarang pengangkutan untuk bergerak, dan tidak akan menjejakkan kaki ke Britain sehingga perjalanan itu selesai sepenuhnya.
Sepanjang 28 tahun misi berlangsung, Bushby telah berdepan pelbagai cabaran ekstrem, termasuk meredah hutan tebal di sempadan Panama-Colombia, melintasi Selat Bering yang membeku, dan melengkapkan cabaran berenang merentasi Selat Inggeris beberapa minggu lalu.










%2Ffile%2Fattachments%2F889%2Fimage5_413759.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)