JELEBU – Bekas Imam Masjid Jamek Kuala Klawang membuat laporan polis, semalam, bagi menjawab kenyataan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) berhubung isu peletakan jawatannya susulan kontroversi bacaan nama Undang Luak Jelebu dalam khutbah Jumaat.
Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu selepas mendakwa kenyataan JHEAINS pada 30 Oktober lalu mengandungi maklumat yang tidak tepat berhubung status peletakan jawatannya.
Bekas imam berkenaan mendakwa, notis peletakan jawatan telah diserahkan secara bertulis pada 27 Oktober lalu melalui kumpulan WhatsApp rasmi Pegawai Masjid Daerah Jelebu.
Dakwanya, pengesahan keputusan itu telah dibuat dalam pertemuan bersama Pegawai Agama Islam Daerah Jelebu pada 28 Oktober lalu, dengan peletakan jawatan berkuat kuasa pada tarikh berkenaan.








