MERSING – Rahsia skandal rakan sekerja antara lelaki berstatus suami orang dengan wanita bujang akhirnya terbongkar selepas mereka di tangkap khalwat di sebuah pusat peranginan mewah di daerah ini tengah malam tadi.
Pasangan yang bekerja di Johor Bahru dan berusia 20-an itu ditahan pukul 12.20 tengah malam selepas mereka gagal mengemukakan dokumen pernikahan sah ketika pemeriksaan oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).
JAINJ dalam kenyataan berkata, sebaik tiba di bilik di pusat peranginan terbabit, pihaknya menekan loceng bilik sebelum dibuka dua minit kemudian oleh seorang lelaki berseluar panjang dan berbaju-T.
Katanya, pemeriksaan di dalam bilik berkenaan menemukan seorang wanita yang memakai pakaian lengkap sedang duduk di atas katil.








