MERSING: Rahsia skandal rakan sekerja terbongkar selepas lelaki berstatus suami orang ditangkap khalwat dengan wanita bujang di sebuah pusat peranginan mewah di daerah ini tengah malam tadi.
Pasangan yang bekerja di Johor Bahru dan berusia 20-an itu ditahan jam 12.20 tengah malam selepas gagal mengemukakan dokumen pernikahan sah ketika pemeriksaan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).
Dalam kenyataan, JAINJ berkata, sebaik tiba di bilik di pusat peranginan berkenaan, pihaknya menekan loceng bilik sebelum dibuka dua minit kemudian oleh seorang lelaki berseluar panjang dan berbaju T.
"Pemeriksaan di dalam bilik menemukan seorang wanita yang memakai pakaian lengkap sedang duduk di atas katil.










