JOHOR BAHRU: Niat menumpang berteduh di reruai The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) pada hari pertama Karnival Jom Heboh (KJH) di Padang B, Angsana Johor Bahru Mall di sini, membawa tuah buat kanak-kanak berusia sembilan tahun apabila memenangi pertandingan mewarna di reruai berkenaan.
Tunku Mohamad Aisy Sufi Tunku Muhamad Naufal dari Larkin sekadar suka-suka menyertai pertandingan berkenaan kerana kebetulan melalui kawasan hadapan reruai itu.
Ibunya, Rohana Ahmad, 39, berkata anak lelakinya itu memang suka melakukan aktiviti mewarna dan sering memasuki pertandingan seumpama itu.
"Anak-anak sudah lama pesan ada KJH di sini, tetapi tak tahu pula ada pertandingan mewarna. Kami lalu dan nak tumpang berteduh sekejap, apabila tahu ada pertandingan mewarna, anak memang suka dan terus sertainya.








%2Ffile%2Fattachments%2F889%2Fimage5_413759.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)
