KUALA LUMPUR: Pemain golf profesional negara, Mirabel Ting sekali lagi membuktikan konsistensinya apabila muncul pemain Malaysia terbaik buat kali ketiga pada Kejohanan Golf Maybank LPGA 2026 yang melabuhkan tirainya di Kelab Golf dan Country Kuala Lumpur (KLGCC), hari ini.
Mirabel melengkapkan kempen di kejohanan Jelajah Persatuan Golf Profesional Wanita (LPGA) yang menawarkan hadiah keseluruhan AS$3 juta (RM12.18 juta) di kedudukan ke-48 selepas membenam lima di bawah par 283 sepanjang empat hari kejohanan.
Pemain berusia 20 tahun itu menutup aksi pusingan terakhir dengan catatan satu di bawah par 71.
Dia bagaimanapun mengakui berdepan cabaran untuk mengekalkan momentum, khususnya apabila beberapa pukulan putting gagal menemui sasaran selain daripada cuaca panas yang membahang.










%2Ffile%2Fattachments%2F889%2Fimage5_413759.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)