JASIN: Memperkukuh pembangunan tempatan dan menyediakan lebih banyak perumahan mampu milik menjadi antara fokus utama calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam, Datuk Azman Abdullah.

Beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jasin berkata, tekad itu penting bagi memastikan golongan muda, khususnya, terus menetap di DUN Serkam.

"Apabila anak muda berkahwin, ramai memilih keluar dari Serkam kerana isu kekurangan perumahan.

"Walaupun ada perumahan mampu milik di kawasan Scientex, lokasinya agak jauh di sempadan Merlimau.