GUSAU: Lapan anggota polis ditugaskan mengawal keselamatan pemilihan calon Senat di barat laut Nigeria maut selepas diserang hendap sekumpulan lelaki bersenjata semalam.

Serangan di negeri Zamfara itu berlaku ketika Nigeria membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum pada Januari tahun depan, ketika serangan penjenayah di wilayah barat laut dan tengah negara meningkat.

Kumpulan penjenayah yang dikenali sebagai 'penyamun' itu sering menyerang kampung, memeras wang daripada petani dan pelombong serta menculik penduduk untuk mendapatkan wang tebusan.

Kegiatan mereka berleluasa di kawasan luar bandar yang kurang dikawal pihak berkuasa.