Ipoh: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menyimpan kabel telekomunikasi curi milik Telekom Malaysia (TM) dan menghalang tugas anggota polis, minggu lepas.
Helmi Baharum, 43, mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan itu di hadapan Majistret Nur Laila Mohamed Nazil.
Lelaki itu didakwa bersama-sama seorang lagi yang masih bebas dengan sengaja menghalang penjawat awam Sarjan Faiz Yaakop daripada menjalankan tugas di Jalan Raja Perempuan Mazwin di sini pada kira-kira 6 pagi 30 Oktober.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dibaca bersama-sama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda hingga RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.









