JERANTUT – Polis menahan seorang guru lelaki kerana disyaki melakukan kesalahan seksual terhadap seorang kanak-kanak di sebuah sekolah rendah di sini.

Difahamkan tertuduh dikatakan membawa mangsa ke stor makmal sekolah sebelum memasukkan kemaluannya ke dalam mulut mangsa.

Dikatakan kejadian berlaku berulang kali sebelum keluarga mangsa bertindak membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Nor Azman Yusof berkata, suspek yang berusia 24 tahun ditahan untuk siasatan lanjur selepas polis menerima laporan.