SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim yakin Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadualkan pada 26 November depan berlangsung seperti dirancang.

“Insya-Allah kalau Allah izinkan,” jawabnya ringkas pada Majlis Perasmian Majlis Kick Off Pembangunan Sistem e-Tanah Negeri Sembilan di sini hari ini.

Ismail bagaimanapun enggan mengulas lanjut sama ada beliau telah mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan untuk meneruskan persidangan itu.

Setakat ini, Kerajaan Negeri kekal dengan rancangan asal untuk mengadakan Persidangan DUN pada 26 November depan disus