KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan memaklumkan bantuan baik pulih rumah kepada golongan miskin yang menetap di tanah rizab kerajaan tanpa kebenaran, tidak boleh dilakukan.
Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, berkata ini kerana pembinaan rumah di atas tanah rizab di negeri itu bercanggah dengan undang-undang.
Beliau berkata, tanah rizab negeri akan habis sekiranya penduduk dibenarkan membina rumah tanpa kebenaran.
"Sebenarnya, rumah dibina di atas tanah rizab kerajaan tanpa kebenaran itu sebenarnya salah. Itu dari segi undang-undang begitu. Selagi tidak ada pemilikan ataupun tidak ada kebenaran, kita tidak boleh (beri bantuan baik pulih).









