London: Selepas mengembara ke India selama 75 hari menggunakan sebuah beca bermotor tiga roda (auto-rickshaw), sepasang suami isteri memutuskan untuk membawa pulang beca berkenaan ke United Kingdom (UK) untuk mengabadikan kenangan mereka di negara itu, lapor NDTV.
Pasangan suami isteri itu, Helen dan Mick menggunakan beca Bajaj berwarna merah dan hitam yang diberi nama 'Timmy the Tin Can' sebagai panggilan manja sepanjang perjalanan mereka.
Kenderaan itu membawa mereka merentasi pelbagai bandar, negeri dan mercu tanda termasuk Agra serta Taj Mahal.
Difahamkan, dengan lukisan mata kartun dan senyuman pada bahagian hadapan, Timmy turut menjadi tumpuan sepanjang perjalanan pasangan berkenaan.










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fexplainsikit1sde_125236.png&w=480&output=webp&q=85&we)