KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak seharusnya menjadikan peruntukan kawasan Parlimen sebagai senjata politik untuk mendapatkan sokongan tambahan daripada pihak tertentu, sebaliknya perlu memastikan agihannya dibuat secara adil kepada semua Ahli Parlimen.

Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran) berkata, kerajaan perlu memberikan penjelasan berhubung isu berkenaan kerana ia membabitkan prinsip keadilan dalam pemberian peruntukan kepada wakil rakyat, tanpa mengira parti.

"Kerajaan tidak boleh menggunakan kuasa, pengaruh dan kekuatan majoritinya untuk menggunakan peruntukan sebagai senjata politik. Kalau itu berlaku, ia perlu dihentikan.

"Kita harap kerajaan akan datang dan mengolah (berhubung isu berkenaan)," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2027 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat di sini, hari ini.