SHAH ALAM: Semua sekolah di negeri Selangor akan beroperasi seperti biasa esok.

Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPN Selangor) dalam kenyataannya meminta semua pihak terus memberikan keutamaan kepada aspek kesihatan dan keselamatan murid susulan jerebu yang masih berlaku.

"Pihak sekolah, ibu bapa dan penjaga juga disaran sentiasa peka terhadap perkembangan kualiti udara dan mematuhi arahan serta langkah berjaga-jaga ditetapkan pihak berkuasa.

"Murid yang hadir ke sekolah digalakkan memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga, khususnya bagi mereka yang sensitif terhadap keadaan jerebu.