TEHRAN: Iran semalam memberi amaran tegas bahawa sebarang pusingan peperangan baharu dengan Amerika Syarikat (AS) boleh berlarutan lebih lama daripada siri pertempuran sebelum ini.
Kenyataan itu menyusul selepas Presiden AS, Donald Trump, berkata beliau masih perlu 'menguruskan' lebih banyak sasaran dalam konflik berkenaan.
Usaha diplomatik untuk menamatkan perang di Asia Barat itu terjejas dengan tindakan AS dan Israel yang berulang kali mengancam untuk menyambung semula serangan, tatkala kedua-duanya mengadakan pilihan raya penting.
"Perang berpotensi pada masa depan boleh berlarutan lebih lama daripada konflik sebelum ini, dan Presiden Amerika tidak akan berada dalam kedudukan untuk menentukan masa ataupun syarat ia berakhir," kata jurucakap tentera Iran, Mohammad Akraminia, menurut stesen penyiaran negara ini.









