KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mengunjurkan lebihan dagangan negara berkembang sekurang-kurangnya antara 15 hingga 20 peratus tahun ini, berbanding RM156.83 bilion yang dicatatkan tahun lalu.
Berdasarkan unjuran itu, lebihan dagangan Malaysia berpotensi mencecah antara RM180.35 bilion hingga RM188.20 bilion.
Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Indera Abu Bakar Yusof, berkata pertumbuhan itu didorong peningkatan eksport, peluasan pasaran antarabangsa serta penyertaan lebih besar perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam aktiviti eksport.
Beliau berkata, agensi promosi perdagangan negara itu akan memberikan tumpuan khusus kepada usaha meningkatkan sumbangan syarikat tempatan, terutama PMKS, kepada eksport negara.








%2Ffile%2F299%2F2b96fabc59f442dccf70a196530320e9.gif&w=480&output=webp&q=85&we)
