JAKARTA: Indonesia mahu eksport sumber asalnya, termasuk produk perlombongan dan gas asli cecair (LNG) dihantar terus ke negara destinasi tanpa melalui negara perantara.
Menteri Penyelarasan Hilirisasi dan Peralihan Tenaga, Bahlil Lahadalia, berkata beliau telah mengarahkan pegawai berkaitan untuk menghentikan amalan menghantar komoditi Indonesia menerusi negara perantara sebelum ia sampai ke destinasi pasaran eksport terlibat.
"Saya mengarahkan ketua pengarah menerusi forum ini agar penghantaran sumber asli kami bagi tujuan eksport tidak boleh lagi transit menerusi beberapa negara. Saya tidak mahu perkara itu berlaku lagi," katanya dalam rakaman video ucapan pada majlis perasmian Konvensyen dan Pameran Mineral dan Batu Arang 2026 yang disiarkan oleh media tempatan di sini pada Isnin.










