SEREMBAN - Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin menolak permohonan Setiausaha Dewan Keadilan dan Undang (DKU), Raja Norazli Raja Nordin untuk bertindak sebagai pencelah dalam saman pemula yang difailkan oleh 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan berhubung tafsiran Undang-Undang Tubuh Negeri.Hakim, Roz Mawar Rozain dalam prosiding yang diadakan secara sidang video berkata, Setiausaha DKU tidak mempunyai kepentingan peribadi dalam kes berkenaan.Ini kerana, katanya, kepentingan yang dibangkitkan dalam permohonan tersebut adalah milik DKU sebagai sebuah institusi dan bukannya Setiausaha DKU secara individu.Justeru, beliau membenarkan permohonan DKU untuk mencelah dan menetapkan institusi itu sebagai defendan ketiga, dengan penglibatannya dihadkan kepada isu-isu berkaitan yang akan ditentukan kemudian.Roz Mawar turut menekankan bahawa kehadiran DKU adalah penting bagi memastikan keputusan dapat dibuat secara berkesan dan menyeluruh termasuklah mengenai 'Raja Pemerintah' yang dibangkitkan plaintif mengikut Perkara 28(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.Beliau juga bersetuju hujahan pihak plantif bahawa DKU tidak mempunyai sebarang fungsi berhubung pelantikan dan pembatalan Exco.Selain itu, mahkamah turut merekodkan pengesahan pihak plaintif bahawa prosiding tersebut akan diteruskan tanpa meminta mahkamah menentukan kesahan proklamasi bertarikh 19 April 2026 atau pihak yang memegang jawatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.Sebelum itu, peguam, Datuk Mohd Hafarizam Harun memaklumkan bahawa Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim telah menarik balik persetujuan pelantikan peguam luar untuk mewakili Setiausaha Kerajaan Negeri dan kerajaan negeri berhubung representasi bagi saman pemula berkenaan.Beliau berkata, dalam surat bertarikh 29 Oktober yang dihantar kepada Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan, Datuk Muzalmah Mustapha Kamal, dinyatakan kerajaan negeri perlu meneliti penggunaan wang awam atas dua alasan."Pertama adalah adanya implikasi kewangan yang akan wujud dengan menggunakan khidmat peguam luar dan itu tidak dapat dinilaikan dengan sewajarnya."Yang kedua paling penting, sebarang keputusan melibatkan komitmen kerajaan negeri yang signifikan hendaklah terlebih dahulu dibawa untuk pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK)," katanya.Beliau berkata, dalam surat itu dinyatakan setakat ini, MMK tidak bersidang dan perkara berhubung pelantikan peguam luar serta implikasi kewangannya tidak dapat dipertimbangkan dan diputuskan sewajarnya."Justeru, tidak wajar untuk kerajaan negeri terus menanggung komitmen perbelanjaan sedemikian," katanya.Sementara itu, Muzalmah berkata, surat itu dihantar ke pejabatnya pada Jumaat lalu ketika beliau sedang menghadiri mesyuarat di Langkawi.Beliau hanya dimaklumkan bahawa peguam plaintif memfailkan afidavit tambahan pada petang hari sama, iaitu 30 Oktober 2026.Katanya, pihaknya hanya berkesempatan membalas surat itu pada pagi Isnin dengan menjelaskan pengeluaran 'fiat' adalah di
Mahkamah tolak permohonan Setiausaha DKU mencelah kes Exco Negeri Sembilan

Key takeaways
Mahkamah menolak permohonan Setiausaha DKU untuk mencelah dalam kes Exco Negeri Sembilan, tetapi membenarkan DKU sebagai defendan ketiga.
- Setiausaha DKU tidak mempunyai kepentingan peribadi dalam kes tersebut.
- Mahkamah membenarkan DKU sebagai defendan ketiga untuk isu-isu tertentu.
- Pihak plaintif tidak meminta mahkamah menentukan kesahan proklamasi 19 April 2026.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro
Story details
- Published
- By
- SYAMILAH ZULKIFLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian Mahkamah tolak permohonan Setiausaha DKU mencelah kes Exco Negeri Sembilan (this story)







