KUALA LUMPUR: Penduduk sekitar Kampung Melayu Subang dikejutkan dengan kejadian banjir kilat berserta arus deras yang dilaporkan melanda beberapa kawasan susulan hujan lebat di sekitar Lembah Klang, hari ini.
Berdasarkan beberapa perkongsian di media sosial, sebilangan besar penduduk kawasan itu melaporkan banjir kilat berlaku dengan pantas sehingga menjejaskan kawasan yang jarang dinaiki air.
Pengguna Threads, @arey0uheretau berkata, kediamannya yang tidak pernah dimasuki air ketika banjir kilat sebelum ini turut ditenggelami air hari ini.
"Selama duduk dekat Kampung Melayu Subang, tak pernah rumah masuk air. Kalau banjir pun setakat jalan besar depan itu sahaja. Hari ini air laju masuk macam tsunami. Tak terkejar dibuatnya. Reda dengan hukum alam," katanya.






