PETALING JAYA – Pelakon Zahirah MacWilson sekali lagi memohon maaf secara terbuka kepada penganut agama Kristian susulan ketelanjurannya yang didakwa menghina sambutan Halloween, Krismas dan Easter dalam satu hantaran media sosialnya semalam.

Zahirah, 31, berkata, dia mengakui khilafnya yang menyamakan tiga perayaan berbeza itu selain menegaskan tidak pernah berniat melabelkan Krismas dan Easter sebagai sesat atau bersifat syaitan.

“Saya memohon maaf seikhlas-ikhlasnya dan tanpa sebarang syarat terutamanya kepada penganut Kristian yang sangat tersinggung dan terluka dengan kandungan yang telah dimuat naik.

“Tidak lama selepas memuat naiknya semalam, saya menerima satu atau dua mesej (DM) dalam masa sejam dan terus memadamnya kerana sedar sudah menyinggung perasaan orang ramai.